AM > BERITA

Mangsa Banjir Di Alor Gajah Meningkat Kepada 360 Orang Pagi Isnin

12/08/2024 10:02 AM

MELAKA, 12 Ogos (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Alor Gajah meningkat kepada 360 orang melibatkan 109 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 248 orang daripada 48 keluarga malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata kesemua mangsa terlibat ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah berkenaan.

Beliau berkata PPS Balai Raya Paya Lebar menempatkan 61 mangsa daripada 13 keluarga manakala PPS Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Masjid Tanah, sebanyak 13 mangsa daripada empat keluarga berada di sana.

"Di PPS Balai Raya Ayer Paabas, sebanyak 13 mangsa ditempatkan di PPS berkenaan melibatkan lapan keluarga sementara di PPS Sekolah Sungai Jernih, sebanyak 15 mangsa daripada tiga keluarga ditempatkan di situ.

"Jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Melaka Ar-Rasyidin adalah sebanyak 163 orang melibatkan 59 keluarga manakala sebanyak 95 mangsa daripada 22 keluarga ditempatkan di Japerun Kuala Linggi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata PPS Balai Raya Kampung Ramuan China Besar pula ditutup pada 9 malam tadi.

Katanya 21 kawasan di daerah itu terjejas akibat bencana, termasuk Kampung Paya Lebar, Kampung Ramuan China Besar, Kampung Bukit Apit, Kampung, Ayer Limau, Kampung Sungai Jernih, Kampung Lekok, Kampung Paya Rumput, Kampung Lubok China, ⁠Taman Masjid Tanah Ria, Taman Bandar Baru Masjid Tanah,  Kampung Rantau Panjang dan Kampung Brisu.

Katanya lokasi lain ialah Taman Awan Biru, Taman Seri Bayu 2 dan 3, Taman Seri Aman,  Kampung Belimbing Dalam, Kampung Solok Ayer Limau, Kampung Seri Jeram, Kampung Ladang, Kampung Keramat Lebai dan Panchor.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan