AM > BERITA

KDN Lulus Hampir 14,000 Permohonan Kewarganegaraan Setakat Ini - Saifuddin Nasution

15/08/2024 07:54 PM

GUA MUSANG, 15 Ogos (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri telah meluluskan hampir 14,000 permohonan kewarganegaraan setakat ini, kata Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata daripada jumlah itu, berdasarkan data terkumpul dari tahun 2012, 75 peratus daripada kelulusan permohanan tersebut di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan yang melibatkan anak tidak sah taraf, anak jagaan dan anak angkat. 

“Bakinya daripada Perkara 15 (2) (Perlembagaan Persekutuan) macam yang Family Frontiers (Malaysia) perjuangkan, mak warga Malaysia anak lahir luar negara kerana suami warga asing. Jadi itu sementara kita nak pinda perlembagaan, membolehkan anak-anak ini dapat secara automatik atau kuat kuasa undang-undang.

“Kes kedua, isteri warga asing berkahwin dengan suami warga tempatan, jadi mereka ini juga setelah tujuh tahun, boleh memohon untuk menjadi warga negara, mereka berkahwin di sini, tinggal di sini, mereka beranak-pinak di sini. Jadi, mereka mohon warganegara, jadi itu juga kategori yang beri kelulusan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama Menteri Dalam Negeri di sini, hari ini.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan