AM > BERITA

Pemegang Kad Perubatan Allianz Kini Nikmati Penjagaan Kesihatan Eksklusif

16/08/2024 09:40 PM

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Pemegang kad perubatan Hospital dan Pembedahan Allianz Malaysia yang ditadbir oleh Allianz Care Services (ACS) di seluruh negara kini boleh mendapat penjagaan kesihatan eksklusif dan tiada tandingan menerusi rangkaian hospital Blue Ribbon Allianz Malaysia Berhad’s (Allianz Malaysia)

Ketua Pegawai Tuntutan dan Penyelesaian Kesihatan Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life) Tammy Lee berkata 16 hospital di bawah rangkaian Blue Ribbon mencerminkan dedikasi syarikat terhadap kualiti dan kemudahan dalam penjagaan kesihatan.

“Allianz Malaysia komited untuk merevolusikan penjagaan kesihatan kepada pengguna menerusi rangkaian Blue Ribbon. Melalui kerjasama dengan hospital terpilih di kebanyakan negeri, kami menyasarkan untuk memastikan pelanggan menerima perkhidmatan perubatan tertinggi tanpa perlu menghadapi masalah seperti tempoh menunggu yang lama.

“Sebagai syarikat insurans, kami memahami keperluan pelanggan dan menawarkan pengalaman luar biasa termasuk manfaat eksklusif seperti keutamaan kemasukan dan kebenaran keluar hospital serta penginapan yang dinaik taraf,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rangkaian Blue Ribbon termasuk Pusat Perubatan Prince Court, Institut Jantung Negara, Hospital Pantai Kuala Lumpur, Pusat Perubatan Sunway, Hospital Columbia Asia Bukit Rimau, Pusat Perubatan Pakar Sri Kota, Hospital Gleneagles Pulau Pinang, Hospital Pantai Pulau Pinang, Hospital Gleneagles Johor, Pusat Perubatan Mawar, Pusat Perubatan Mahkota dan Hospital Pakar KPJ Ipoh.

Blue Ribbon telah meluaskan rangkaian ke Malaysia Timur, terutamanya ke Pusat Perubatan Borneo di Sarawak dan Hospital Pakar KPJ Sabah, menunjukkan komitmen syarikat dalam mengembangkan perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi ke seluruh negara.

Dalam kenyataan sama, Allianz Malaysia memaklumkan sebagai sebahagian daripada manfaat Blue Ribbon, Allianz Malaysia juga merupakan syarikat insurans pertama menyediakan rawatan radioterapi pesakit luar tanpa tunai, bagi memenuhi permintaan rawatan radioterapi yang semakin meningkat.

Faedah nilai tambah yang lain antaranya termasuklah kemudahan tempat letak kenderaan serta pelepasan dan dispensari ubat.

Blue Ribbon akan terus memperluas rangkaian dan manfaat, sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat untuk menawarkan pengalaman penarafan 10 daripada 10 kepada pelanggan melangkaui perlindungan.

Rangkaian Blue Ribbon merangkumi hospital yang dipilih dengan teliti dan penyedia penjagaan kesihatan berprestij di pelbagai wilayah, dipilih untuk perkhidmatan yang dicontohi, kemudahan dan keupayaan Pusat Kecemerlangan, dan inisiatif ini bertujuan menyelaraskan proses penjagaan kesihatan, menyediakan kemudahan dan penjagaan terbaik kepada pelanggan.

Maklumat lanjut, sila layari laman web Blue Ribbon - Allianz Malaysia.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan