AM > BERITA

Keperluan Mendesak Laksana Reformasi Perkukuh Keselamatan Pekerja

19/08/2024 08:57 PM

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Terdapat keperluan mendesak untuk melaksanakan reformasi keselamatan secara menyeluruh di semua industri selain mengambil tindakan tegas dan segera bagi memperkukuh keselamatan di tempat kerja.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Chong Chieng Jen dalam kenyataan hari ini berkata keselamatan dan kesejahteraan pekerja perlu menjadi keutamaan tertinggi dalam setiap industri.

“Insiden di Bintulu yang mencederakan 10 pekerja minggu lepas seharusnya menjadi peringatan tegas bahawa piawaian keselamatan tidak boleh dikompromi.

“Sekarang bukanlah masa untuk semua pihak berpuas hati dengan tahap keselamatan masing-masing dan NIOSH akan menyokong syarikat yang terlibat dengan kejadian terbabit serta perniagaan lain bagi memastikan kejadian sebegini tidak berulang,” katanya.

Beliau turut menyeru semua syarikat untuk mengambil pendekatan yang sama kerana perlindungan pekerja tidak boleh dianggap remeh, malah harus menjadi prinsip asas dalam setiap operasi.

Pada 14 Ogos lepas, seramai 10 cedera termasuk empat melecur dalam kebakaran melibatkan tangki 'Bottom Reactor’ di sebuah kilang milik pelabur asing di Taman Perindustrian Samalaju, Jalan Pesisir Bintulu-Miri, Bintulu.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan