AM > BERITA

21 Jalan Utama Sekitar Putrajaya Ditutup 6 Jam Mulai 27 Ogos Untuk Raptai Hari Kebangsaan

20/08/2024 08:49 PM

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 21 jalan utama sekitar Putrajaya akan ditutup selama enam jam setiap hari bermula 27 Ogos ini, bagi memberi laluan kepada sesi raptai Sambutan Hari Kebangsaaan.

Menurut infografik di Facebook Merdeka360, iaitu laman rasmi maklumat berkaitan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia memaklumkan, penutupan 21 jalan tersebut akan bermula pada pukul 5 hingga 11 pagi setiap hari sehingga 29 Ogos.

Antara jalan yang terlibat ialah Laman Perdana, Lebuh Wawasan dan Lebuh Bestari (arah Jalan Tun Abdul Razak), Jalan P2K, Jalan Pembangunan, Jalan P3C, Jalan P3F, Jalan P4B serta Lingkaran Gemilang1 (arah Persiaran Perdana).

Sementara itu, pada 30 dan 31 Ogos pula, terdapat 10 lagi jalan utama sekitar Putrajaya ditutup, bermula dari 7 petang sehingga sambutan Hari Kebangsaan selesai.

Laluan yang terlibat termasuk Persiaran Barat dan Lebuh Sentosa (arah Lebuh Saujana), Lebuh Sentosa dan Jalan Presint 8 (arah Lebuh Wawasan), Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah susur ke Laman Perdana, Jalan Presint 18 (arah Lebuh Bestari), Jalan Presint 18, Lebuh Setia dan Lebuh Saujana (arah Jalan Tun Hussein) serta Jalan Presint 5 (arah Lebuh Gemilang Perdana).

Justeru, pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan dimohon untuk berhati-hati dan mematuhi papan tanda keselamatan untuk perjalanan yang lancar dan selamat.

Senarai penuh penutupan jalan terlibat boleh disemak menerusi pautan https://www.facebook.com/share/jpXhCx5yM67GqwqP/?mibextid=CTbP7E

Selain itu, orang ramai boleh melayari laman sesawang Merdeka360 di www.merdeka360.my atau mengunjungi laman media sosialnya di Facebook, Twitter dan juga X, bagi memperoleh maklumat lanjut berkaitan sambutan Hari Kebangsaan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan