AM > BERITA

Jumlah Mangsa Banjir Di Perak Menurun

25/08/2024 07:09 PM

IPOH, 25 Ogos (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Perak menurun setakat 6 petang ini kepada 123 orang daripada 34 keluarga berbanding 173 orang (49 keluarga) pagi tadi dengan hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan daerah Muallim serta Larut, Matang dan Selama.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan memaklumkan PPS Masjid Jamek Slim Village di Muallim telah ditutup pada 1 tengah hari tadi.

Sekretariat itu memaklumkan di Muallim seramai 100 mangsa daripada 27 keluarga dari Kampung Pasir masih ditempatkan di PPS Masjid Jamek Kampung Pasir, manakala 23 mangsa daripada tujuh keluarga dari Kampung Tebuk ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Matang di daerah Larut, Matang dan Selama.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan kebanyakan daerah di Perak antaranya Larut, Matang dan Selama, Perak Tengah, Hilir Perak, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang serta Muallim akan mengalami hujan malam ini.

Selain itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak memaklumkan laluan A121 Jalan Slim River-Behrang Ulu di daerah Muallim masih ditutup akibat jalan utama runtuh manakala FT 004 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Kupang Gerik-Jeli kekal dibuka satu lorong disebabkan tanah runtuh.

"Laluan di FT 1152 Felda Trolak Selatan di daerah Batang Padang turut dibuka satu lorong kepada semua kenderaan disebabkan berlaku runtuhan di bahu jalan berkenaan," kata JKR.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan