BERITA TERGEMPAR   ACE Market-bound Solar District Cooling Group Bhd aims to raise RM45.09 million from IPO; scheduled to list on Sept 19, 2024 | 
 AM > BERITA

Nelayan Dilapor Hilang Di Perairan Dungun Ditemukan Selamat

28/08/2024 03:18 PM

DUNGUN, 28 Ogos (Bernama) -- Seorang nelayan yang dilaporkan hilang ketika keluar menangkap ikan di perairan Dungun semalam, ditemukan selamat pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Kemaman Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata Tengku Khairul Asmawi Nizam Tengku Hassan, 40, ditemukan sekumpulan nelayan tempatan kira-kira 11 pagi tadi di lokasi 27 batu nautika dari muara Kuala Dungun.

Beliau berkata bot mangsa mengalami kerosakan sebelum dihanyutkan arus, petang semalam.

"Bagaimanapun, mangsa berjaya menambat botnya di unjang buatan bagi mengelak daripada terus dihanyutkan arus. Bot mangsa telah ditunda ke Pangkalan Nelayan Kampung Raja, Tanjung Sura," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menghentikan operasi mencari dan menyelamat yang dilancarkan sejak 7 malam, semalam.

Mangsa dikatakan keluar ke laut sekitar 6 pagi semalam, namun tidak pulang seperti kebiasaan sebelum laporan mengenai kehilangannya dibuat pada 6.50 petang.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan