AM > BERITA

Universiti Perlu Kembangkan Kursus Digital, AI Kepada Pelajar Dalam Pelbagai Jurusan - Anwar

30/08/2024 11:28 AM

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Semua universiti di negara ini diminta turut mengembangkan kursus digital dan kecerdasan buatan (AI) kepada pelajar di luar jurusan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) seperti jurusan sastera, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ini bagi menangani isu kekurangan jurutera dalam bidang berkenaan, untuk memenuhi keperluan industri susulan pelaburan beberapa syarikat teknologi gergasi antaranya Amazon, Google, Microsoft dan Infineon.

"Dulu kita kata (kursus digital dan AI) semuanya mesti lulusan Sains, Matematik dan sebagainya, tetapi ada juga keperluan untuk mengambil (pelajar) jurusan sastera bagi mengikuti sebahagian kursus ini.

"Ketika saya pergi ke India baru-baru ini, ada syarikat di sana kata tidak semua jurusan digital atau AI mesti lulusan kejuruteraan, ada sebahagainnya dalam lulusan sastera atau kursus-kursus terpilih yang boleh dijuruskan untuk keperluan spesifik," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Pecah Tanah ‘Kerian Integrated Green Industrial Park’ di Kerian, Perak hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan