AM > BERITA

Allianz Life Sedia Pelan Manfaat Pekerja Dengan Nilai Tambah

30/08/2024 08:56 PM

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Sesebuah organisasi perlu menyediakan pakej insurans manfaat pekerja komprehensif yang bukan sahaja sebagai satu pelaburan untuk pekerja, tetapi juga masa depan organisasi itu.

Penyedia insurans nyawa dan kesihatan, Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life) menyediakan beberapa pelan manfaat pekerja yang memberikan perkhidmatan nilai tambah untuk pekerja dan majikan.

Ketua Pegawai Jualan Perkongsian Allianz Life Lim Li Meng berkata pelan manfaat pekerja syarikat direka untuk menyediakan sokongan luar biasa untuk majikan dan pekerja, serta ia menonjol daripada syarikat insurans lain dengan menawarkan perkhidmatan inovatif dan nilai tambah yang melangkaui perlindungan tradisional.

"Dengan mengutamakan keperluan pelanggan kami dan memberikan penjagaan yang tiada tandingan melalui perkhidmatan, kami komited untuk menetapkan piawaian baharu dalam industri dan memupuk kejayaan jangka panjang untuk pelanggan kami," katanya dalam kenyataan hari ini.

Syarikat itu memaklumkan dengan menyediakan insurans kepada pekerja, menjadikan organisasi lebih menarik kepada bakal pekerja dan membantu mengekalkan petugas sedia ada, meningkatkan produktiviti kerana pekerja mempunyai akses kepada manfaat kesihatan dan kesejahteraan, mengurangkan kemungkinan pekerja untuk terlepas tugas kerana tidak sihat.

Ia juga menyediakan jaringan keselamatan kepada pekerja kerana mereka dilindungi sekiranya berlaku kecemasan perubatan, hilang upaya atau kejadian lain yang tidak dijangka.

Allianz Life dalam kenyataan sama memberitahu syarikat itu menyediakan organisasi beberapa pelan manfaat pekerja termasuk Insurans Pekerja Asing, Pampasan Pekerja, Allianz Care SMI, Allianz SME Choice Plus, Jangka Hayat Kumpulan, Penghospitalan dan Pembedahan Kumpulan, serta Klinik Pesakit Luar Kumpulan.

Di bawah pelan ini, Allianz Life menyediakan perkhidmatan nilai tambah teratas untuk pekerja iaitu Allianz Blue Ribbon, Allianz Care@Home, Perkhidmatan Kesihatan dan Allianz We Care Community.

"Allianz Blue Ribbon menawarkan pengalaman penjagaan kesihatan eksklusif dengan kerjasama rangkaian hospital swasta eksklusif. Manfaat termasuk keutamaan kemasukan dan pelepasan, rawatan radioterapi pesakit luar tanpa tunai, penginapan dinaik taraf, keistimewaan tempat letak kereta serta pelepasan di tepi katil dan dispensari ubat," menurut kenyataan itu.

Perkhidmatan Allianz Care@Home pula menyediakan pemantauan rumah eksklusif oleh profesional penjagaan perubatan dengan kerjasama Speedoc, yang memberikan perhatian bantuan perubatan untuk penyakit yang layak, termasuk lawatan ke rumah oleh doktor dan jururawat, talian bantuan 24/7 dan surat rujukan ke pusat perkhidmatan perubatan.

Syarikat itu menyatakan Perkhidmatan Kesihatan dan Allianz We Care Community masing-masing memberikan pelanggan akses mudah kepada rangkaian pencegahan, rawatan dan perkhidmatan pemulihan yang dipilih secara khusus; serta manfaat dan ganjaran kesihatan dan gaya hidup eksklusif dan memperkaya, semuanya boleh diakses dengan mudah melalui Portal Pelanggan MyAllianz.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan