AM > BERITA

MyPELINDUNG 2024: Jamin Kehidupan Selamat Bersama COVID-19

09/09/2024 06:30 PM

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Kempen MyPELINDUNG 2024 terus membantu rakyat Malaysia untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu sambil mengekalkan kesihatan dan keselamatan dengan menumpukan kepada kehidupan yang selamat di fasa hidup bersama virus COVID-19. 

Ketua Kluster Pfizer Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina Deborah Seifert berkata MyPELINDUNG kekal sebagai platform penting untuk pendidikan serta penglibatan awam.

“Kami komited melenyapkan tanggapan salah, menyediakan maklumat tepat dan membantu rakyat Malaysia memahami cara bagaimana untuk hidup dengan selamat bersama COVID-19,” katanya semasa pelancaran kempen itu di sini hari ini.

Bertemakan 'Lindungi Malaysia, Sihat Bersama' kempen MyPELINDUNG menekankan kepentingan kewaspadaan berterusan, mengutamakan vaksinasi dan mendapatkan rawatan untuk COVID-19 tepat pada masa terutama bagi kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas dan individu yang mempunyai sejarah  perubatan. 

Sementara itu, Presiden Persatuan Kawalan Jangkitan dan Penyakit Berjangkit Malaysia (MyICID) Dr Shaharudeen Kamaludeen menyentuh mengenai kepentingan untuk sentiasa mengemas kini vaksinasi COVID-19.

“COVID-19 akan terus wujud sama seperti penyakit lain yang kini menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Bagaimanapun, ini tidak bermakna kita harus leka,” katanya.

Kempen MyPELINDUNG satu usaha kolaboratif melibatkan MyICID, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Bulan Sabit Merah Malaysia, Diabetes Malaysia (DM) dan Pfizer Malaysia.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan