AM > BERITA

Laluan Menuju Padang Merdeka Ditutup Sempena Hari Malaysia

11/09/2024 01:05 PM

KOTA KINABALU, 11 Sept (Bernama) -- Beberapa laluan akan ditutup secara kekal dan berkala sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept ini, yang akan diadakan di Padang Merdeka bermula pukul 7 malam.

Menerusi laman sosial rasmi Facebook Merdeka360 memaklumkan laluan yang ditutup kekal ialah Simpang Tiga Bukit Bendera, laluan masuk lampu isyarat Dewan Masyarakat Kota Kinabalu dan Simpang Pintu Gerbang Istana menuju ke arah Padang Merdeka.

Sementara laluan yang ditutup secara berkala adalah laluan masuk ke jalan padang berhampiran KFC di kawasan Bandaran. 

Polis trafik akan mengawal setiap lampu isyarat, persimpangan kritikal di jalan-jalan utama serta bulatan di pusat bandar raya bagi memastikan aliran trafik diatur dengan baik dan mengelakkan berlaku kesesakan jalan raya.

Pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan dinasihatkan agar berhati-hati dan mematuhi arahan polis trafik untuk perjalanan yang lancar dan selamat. 

Untuk maklumat lanjut, boleh merujuk laman web www.merdeka360.my.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan