AM > BERITA

Kes Demam Denggi Meningkat Pada ME 36, Satu Kematian Dilaporkan

13/09/2024 03:57 PM

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Jumlah kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 1,870 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 36 iaitu pada tempoh 1 hingga 7 Sept berbanding 1,765 kes pada minggu sebelumnya dengan satu kematian direkodkan akibat komplikasi.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME 36 sebanyak 98,442 kes berbanding 82,485 kes bagi tempoh sama tahun 2023.

“Terdapat 89 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 59 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2023," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bilangan lokaliti 'hotspot' yang dilaporkan pada ME 36 sebanyak 53 berbanding 64 pada minggu sebelumnya.

Beliau berkata daripada 53 lokaliti yang dilaporkan, 37 di Selangor, enam di Kuala Lumpur dan Putrajaya, masing-masing empat di Negeri Sembilan dan Perak serta dua di Kelantan.

Dr Muhammad Radzi berkata bagi survelan chikungunya, terdapat dua kes direkodkan pada ME 36 dan tiada wabak chikungunya dilaporkan pada minggu itu.

Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini ialah 72 kes.

Bagi survelan zika, Dr Muhammad Radzi berkata sebanyak 1,870 sampel darah, lapan sampel urin dan tiga sampel cairan serebrospinal telah dijalankan saringan dan keputusannya negatif.

-- BERNAMA 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan