GEORGE TOWN, 2 Julai (Bernama) -- Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata nilai kesederhanaan dan hubungan kekeluargaan yang erat merupakan antara pengajaran paling berharga diwarisi daripada mendiang datuk beliau.
Sim yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang berkata datuknya Yeoh Aik Guan, seorang tukang kayu juga merupakan insan yang banyak membentuk jati diri kepimpinan dalam diri beliau.
Yeoh meninggal dunia Ahad lepas pada usia 102 tahun.
“Datuk saya merupakan seorang lelaki yang tenang, tidak banyak bercakap namun penuh kebijaksanaan dalam tindakan.
“Beliau hidup dengan sangat sederhana dan mengajar kami tentang nilai kesederhanaan, mengajar kami berjimat, mengenang budi dan menghargai perkara asas dalam kehidupan,” katanya kepada wartawan di rumah keluarganya di sini hari ini.
Terdahulu, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow bersama pemimpin DAP hadir memberi penghormatan terakhir kepada Yeoh.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial