AM > BERITA

Perhilitan Tangkap Gajah Liar Jantan Di Mersing

13/09/2024 06:37 PM

MERSING, 13 Sept (Bernama) -- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor menangkap seekor gajah liar jantan di Kampung Triang Besar di sini, Isnin lepas. 

Pengarah Perhilitan negeri Aminuddin Jamin berkata gajah tersebut ditangkap susulan operasi selama seminggu melibatkan 21 anggota jabatan itu yang menjalankan pemantauan di kampung berkenaan selepas menerima aduan berhubung kehadiran mamalia itu daripada penduduk.

“Kami menganggarkan terdapat tiga hingga lima ekor gajah, dipercayai sebahagian daripada kumpulan gajah Jemaluang yang tersesat. 

“Hingga kini, kita masih melakukan rondaan dan kawalan berterusan bagi menghalau kumpulan gajah tersebut ke habitat asal mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.  

Aminuddin berkata pada Rabu lepas, pihaknya turut melaksanakan operasi pemindahan dua ekor gajah denak dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di Pahang ke habitat yang lebih sesuai.

Beliau berkata orang ramai diminta agar tidak melakukan sebarang tindakan provokasi sekiranya terserempak dengan kumpulan mamalia itu sebaliknya laporkan segera kepada pihak Perhilitan. 

"Sebarang aduan serta maklumat mengenai hidupan liar boleh disalurkan kepada Perhilitan melalui talian hotline Perhilitan 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my," katanya. 

-- BERNAMA 



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan