AM > BERITA

PM Tiba Di Sibu Untuk Lawatan Kerja

29/09/2024 10:55 AM

SIBU, 29 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Sibu di sini dengan pesawat khas pada 9.03 pagi ini untuk lawatan kerja sehari ke Bahagian Kapit.

Antara yang menyambut ketibaan Perdana Menteri di Lapangan Terbang Sibu ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee, Residen Bahagian Sibu Abang Mohamad Porkan Abang Budiman, ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua masyarakat.

Di Kapit, Anwar mempunyai program padat, bermula dengan Majlis Ramah Mesra bersama pemimpin Komuniti Masyarakat Daerah Kapit di Dewan Suarah Kapit, diikuti dengan penyempurnaan majlis pecah tanah projek baharu pembangunan Ibu Pejabat Polis Daerah Kapit.

Selepas itu, Perdana Menteri akan mendengar taklimat mengenai projek pembinaan jambatan merentasi Sungai Batang Rajang di Nanga Yong, Kapit, sebelum menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin Masyarakat Rumah Panjang Daerah Kapit dan Song di Rumah Robert, Nanga Sebatu, Kapit.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan