AM > BERITA

Sidang DUN Kelantan Akan Diadakan Pada Akhir Nov Ini - Speaker DUN Kelantan

29/09/2024 06:51 PM

KOTA BHARU, 29 Sept (Bernama) -- Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan akan diadakan pada akhir Nov ini bagi membentangkan Belanjawan 2025, kata Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata mengikut perancangan asal, ia sepatutnya berlangsung pada 24 Okt ini namun terpaksa dipinda.

“Oleh kerana ia bertembung pada tarikh bulan depan dengan Persidangan Majlis Raja-Raja, maka kita bersetuju untuk meminda tarikh kepada akhir Nov ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan Sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang ke-55 di Istana Balai Besar di sini hari ini.

Mohd Amar berkata sidang DUN Kelantan berkenaan akan berlangsung selama lima hari.

Dalam tempoh itu juga akan diadakan majlis angkat sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani pada hari pertama sidang DUN berlangsung, tambah beliau.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan