AM > BERITA

Bekalan Gula Di Labuan Terkawal

04/10/2024 01:46 PM

LABUAN, 4 Okt (Bernama) -- Bekalan gula di sini berada pada tahap terkawal walaupun terdapat cabaran dalam memenuhi permintaan tinggi daripada pengguna dan peniaga.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan Junaidah Arbain berkata stok semasa di kedua-dua kemudahan penyimpanan borong dan runcit adalah mencukupi bagi memenuhi keperluan segera.

Beliau berkata berdasarkan pemeriksaan hari ini, penyimpanan borong mempunyai 4,380 kilogram (kg) gula pasir kasar dan 1,440kg gula premium (premium atau Prai Premium) manakala peniaga mempunyai 612kg gula pasir kasar dan 112kg gula premium.

Junaidah juga mengesahkan bahawa Sazarice Kota Kinabalu, satu daripada pembekal utama gula ke Labuan telah memberi jaminan penghantaran akan tiba hari ini bagi memastikan bekalan berterusan untuk pengguna dan peniaga.

“Labuan memerlukan sekurang-kurangnya 120 tan gula sebulan bagi memenuhi permintaan penduduk dianggarkan 110,000 orang.

“Namun, bekalan selalunya tidak mencukupi berikutan permintaan tinggi terutama daripada peniaga,” katanya.

Menurut Junaidah, KPDN proaktif dalam memantau situasi dan bekerjasama rapat dengan pembekal untuk mengelakkan gangguan bekalan.

Pada masa sama beliau meminta pengguna untuk tidak melakukan pembelian panik kerana stok semasa masih mencukupi bagi memenuhi keperluan harian.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan