AM > BERITA

15 Negara Sertai MIT Pahang 2024

05/10/2024 11:30 AM

KUANTAN, 5 Okt (Bernama) -- Sebanyak 15 negara akan menyertai Malaysia International Tourism Expo Pahang 2024 (MIT Pahang 2024) yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 8 Okt ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang Leong Yu Man. 

Selain Malaysia sebagai tuan rumah, beliau berkata ekspo yang dijangka menarik 10,000 pelawat itu juga akan disertaikan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Korea Selatan, Rusia, Kenya, Turkiye, Taiwan, China, Kemboja, Vietnam, India, Filipina, Thailand, Singapura dan Indonesia.

Leong berkata lebih daripada 80 agensi pelancongan dari luar negara telah memberi maklum balas serta bersetuju untuk hadir bagi sesi persidangan pelancongan dan sesi “Business to Business” (B2B)

"Selain itu, hampir 200 pengiat industri pelancongan dalam dan luar negara juga telah bersetuju untuk melibatkan diri sebagai pempamer di dalam expo pelancongan yang pertama kalinya diadakan di Kuantan," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mengulas lanjut, Leong berkata acara berkenaan merupakan platform terbaik buat para penggiat industri pelancongan dari dalam dan luar negara untuk bertukar pendapat serta membuka peluang perdagangan dalam industri berkenaan. 

"Bukan itu sahaja, ia juga menjanjikan peluang yang luas dalam aspek ekonomi, budaya dan dimensi pelancongan yang strategik secara global selain menggalakkan pemain industri untuk menghargai dan memelihara warisan budaya dan ekologi rantau ini, sebagai produk pelancongan premium," katanya. 

Ekspo ini akan berlangsung di Sultan Ahmad Shah International Convention Centre (SASICC) dan terbuka kepada orang awam pada hari terakhir pameran, iaitu pada 10 Okt, bermula dari 10 pagi hingga 6 petang di Ruang Pameran (Exhibition Hall) SASSIC.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan