AM > BERITA

Polis Mohon Pemandu SUV Terbabit Kemalangan Di Bidor Tampil Bantu Siasatan

07/10/2024 02:40 PM

IPOH, 7 Okt (Bernama) -- Polis memohon pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terbabit dalam nahas jalan raya melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 340.1 Lebuhraya Utara Selatan arah utara  pada Sabtu lepas untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Mohd Naim Asnawi berkata pihaknya mengesan sebuah video yang tular di media sosial sejak semalam mengenai kemalangan melibatkan dua buah kenderaan SUV dan sebuah motosikal.

Kemalangan itu berlaku kira-kira 11.09 pagi pada Sabtu lepas dan polis telah mengenal pasti ketiga-tiga kenderan yang terlibat. 

"Mangsa ialah seorang lelaki berusia 18 tahun yang juga penunggang motosikal dan pelajar institusi pengajian tinggi mengalami kecederaan di bahu kiri dan menerima rawatan di Hospital Tapah.

"Seorang daripada pemandu kenderaan SUV yang terlibat dalam nahas ini telah tampil membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Naim berkata kes disiasat di bawah Peraturan 6 (1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959 dan pihaknya meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Mohd Faizan Ahmad @ Mohammed Razikin di talian 013-2087919 atau 05-4011222.

Tular di media sosial menerusi video berdurasi dua minit yang memaparkan kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kenderaan SUV dengan sebuah motosikal berhampiran susur keluar Plaza Tol Bidor.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan