AM > BERITA

Sekolah Tinggi Kuen Cheng Nafi Video Pelajar Maut Dibuli

07/10/2024 09:10 PM

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Pejabat pengetua Sekolah Tinggi Kuen Cheng di sini menjelaskan dua video tular mendakwa seorang pelajar perempuan maut disebabkan terjatuh dari bangunan sekolah akibat dibuli, sama sekali tiada kaitan dengan sekolah itu. 

Dalam kenyataan hari ini pejabat pengetua sekolah berkenaan memaklumkan pelajar perempuan tidak dikenali yang tertera dalam video itu bukan pelajar Sekolah Tinggi Kuen Cheng manakala lokasi video itu dirakam juga tidak diketahui.  

“Kami telah membuat laporan rasmi kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pihak Sekolah Tinggi Kuen Cheng juga menggesa orang awam melihat perkara itu secara rasional, berhati-hati dan menghentikan penyebaran maklumat yang tidak sahih bagi mengelak kebimbangan dan salah faham yang tidak berasas,” katanya. 

Menurut kenyataan itu Sekolah Tinggi Kuen Cheng berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang menyebarkan berita palsu mengenai sekolah itu. 

Media melaporkan pada 2 Okt lepas bahawa seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun maut akibat terjatuh dari beberapa tingkat bangunan sekolah.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan