BERITA TERGEMPAR   The future of ASEAN must include Timor-Leste, whose inclusion will expand the region's economy and contribute to fulfilling our grand vision - PM Anwar | Laos secara rasmi serah kepengerusian ASEAN kepada Malaysia | 
 AM > BERITA

DOF Nafi Ketua Pengarahnya Dakwa Terdapat Kedai Makan Beli Ayam Sakit, Kutip Ayam Mati

11/10/2024 04:01 PM

PUTRAJAYA, 11 Okt (Bernama) -- Jabatan Perikanan (DOF) menafikan bahawa Ketua Pengarahnya Datuk Adnan Hussain telah mengeluarkan kenyataan serta mendakwa terdapat kedai makan yang membeli ayam sakit dengan harga murah atau mengutip ayam mati secara percuma.

DOF dalam kenyataan hari ini berkata orang ramai diingatkan agar tidak mempercayai maklumat tidak disahkan yang disebarkan melalui rantaian pesanan di platform WhatsApp atau media sosial lain. 

"Isu berkaitan keselamatan makanan adalah penting dan harus dirujuk kepada sumber yang sahih dan berautoriti," kata kenyataan dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat jabatan itu.

DOF turut menegaskan, semua pihak yang terlibat dalam industri makanan perlu mematuhi garis panduan dan peraturan keselamatan makanan ditetapkan pihak berkuasa. 

Sebarang dakwaan serius mengenai keselamatan makanan harus disiasat dan ditangani dengan sewajarnya, mengikut kenyataan itu lagi. 

Sebelum ini, tular video berdurasi satu minit memaparkan seorang pelanggan sebuah restoran dipercayai di Selangor yang tidak berpuas hati kerana terdapat ulat dalam hidangannya dan membuat aduan mengenai perkara berkenaan kepada pekerja restoran itu. 

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan