AM > BERITA

Kementerian Komunikasi Anjur Brisk Walk Sempena Hari Sukan Negara 2024

11/10/2024 07:40 PM

PUTRAJAYA, 11 Okt (Bernama) -- Sebanyak 200 petugas Kementerian Komunikasi dan agensi di bawah kementerian itu serta ahli keluarga mereka menyertai aktiviti brisk walk di sini hari ini.

Aktiviti terbabit yang bermula pada 5 petang diadakan sebagai sebahagian daripada pengisian sempena Sambutan Hari Sukan Negara 2024.

Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Cawangan Kementerian Komunikasi Datin Nik Noralhuda Nik Mohamed dan Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi Mazlan Abd Mutalib turut menyertai aktiviti itu.

Peserta memulakan aktiviti dengan melakukan senaman ringan untuk memanaskan badan di ruang lobi Kementerian Komunikasi sebelum berjalan dengan cepat sejauh dua kilometer di sekitar Presint 4.

Hari Sukan Negara merupakan agenda nasional yang disambut secara tahunan pada Sabtu minggu kedua Oktober sejak 2015 dengan hasrat membudayakan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif.

Sambutan Hari Sukan Negara pada tahun ini bertemakan "Cergas Bersama" dan pelbagai program serta aktiviti sukan dan rekreasi dianjurkan di seluruh negara.

Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2024 akan dirasmikan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh di Dataran Putrajaya pada 7 pagi, esok. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan