AM > BERITA

Usah Perbesar Isu Kunjungan Kapal Tentera China Di Pelabuhan Pulau Pinang - Mat Hasan

12/10/2024 09:34 PM

REMBAU, 12 Okt (Bernama) -- Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kunjungan kapal tentera dari China ke Pelabuhan Pulau Pinang adalah perkara biasa dan tidak perlu diperbesar.

Beliau berkata situasi yang menyaksikan kapal perang dari negara seperti Australia, United Kingdom, Perancis, Jepun atau China berlabuh di Malaysia adalah perkara biasa dalam hubungan diplomatik dua hala atau pelbagai hala.

"China merupakan negara terbesar rakan dagang kita, nombor satu, selama 15 tahun… jadi ia bukan sesuatu yang menghairankan atau luar biasa," katanya.

Mohamad berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada warga emas, ibu tunggal dan rumah ibadat sempena Deepavali 2024  di Dewan Orang Ramai Rantau di sini hari ini.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata permohonan berhubung kunjungan delegasi China terbabit ke sebuah sekolah persendirian di Pulau Pinang juga telah dibuat secara rasmi kepada kementerian berkaitan.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan