Premis Perniagaan Di Bentong Terbakar

04/07/2025 12:47 AM

KUANTAN, 3 Julai (Bernama) -- Suasana di Kampung Baru Bentong bertukar cemas apabila sebuah premis perniagaan empat tingkat terbakar petang tadi. 

Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.05 petang.

"Aras tiga bangunan itu terbakar sepenuhnya manakala aras dua hanya terjejas sebanyak lima peratus," katanya dalam kenyataan malam ini. 

Beliau berkata kebakaran berjaya dikawal pada 6.05 petang sebelum dipadamkan sepenuhnya 8.36 malam dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Mohd Salahuddin berkata punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. 

Beliau memaklumkan sebanyak 24 anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bentong, Karak termasuk Pasukan Bomba Sukarela Perting terlibat dalam operasi pemadaman.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan