AM > BERITA

Belanjawan 2025: Orang Ramai Digalak Sertai SPK 2024 - LHDN

14/10/2024 05:29 PM

PUTRAJAYA, 14 Okt (Bernama) -- Orang ramai digalakkan menyertai Seminar Percukaian Kebangsaan (SPK) 2024 bagi mendapatkan maklumat terkini berkenaan pindaan semua akta yang ditadbir oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) lanjutan daripada pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Okt ini.

LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan tiga topik penting akan diketengahkan pada SPK 2024 ialah berkenaan cadangan Belanjawan 2025, Pelaksanaan e-Invois: Amalan Terbaik dan Cabaran Kepada Perniagaan di Malaysia serta Transaksi Mata Wang Digital: Perspektif Percukaian di Malaysia.

Mengikut kenyataan itu, SPK Siri 1 akan diadakan di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada 23 Okt ini dengan yuran penyertaan RM880.

Orang ramai juga boleh menyertai seminar berkenaan serta SPK 2024 Siri 2 pada 29 Okt secara maya menerusi aplikasi Zoom dengan kadar yuran ditetapkan RM450.

Pendaftaran bagi Siri 1 akan dibuka sehingga 20 Okt, manakala Siri 2 akan dibuka sehingga 25 Okt menerusi portal SPK di https://seminar.hasil.gov.my.

Majikan yang berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad boleh menuntut kos latihan peserta SPK 2024 dengan memilih pilihan ‘Non-Registered Training Provider Details – Government’ di bawah Skim Bantuan Latihan (SBL) semasa membuat permohonan geran latihan, kata LHDN. 

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan