AM > BERITA

Hubungan Pertahanan Malaysia-Jerman Diharap Terus Diperkukuh

17/10/2024 12:18 AM

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap hubungan pertahanan antara Malaysia dan Jerman terus dieratkan di masa hadapan.

Berucap semasa melakukan lawatan ke kapal frigat Tentera Laut Jerman FGS Baden-Wurttemberg dan kapal sokongan tempur, FGS Frankfurt am Main yang berlabuh di Terminal Kapal Persiaran Pelabuhan Klang, Mohamed Khaled berkata kedua-dua negara mempunyai kerjasama pertahanan yang baik sejak dahulu lagi.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jerman kerana memilih Malaysia sebagai pelabuhan persinggahan dan berharap Tentera Laut Diraja Malaysia dan Jerman dapat menggunakan peluang itu untuk mengeratkan hubungan.

“Saya percaya hubungan pertahanan yang baik ini tidak terhad kepada domain laut. Saya turut menzahirkan penghargaan kepada Jerman kerana memilih Malaysia sebagai persinggahan dalam German Air Force's 2024 Asia-Pacific Tour,” katanya dalam hantaran di Facebook rasmi beliau.

Mohamed Khaled juga berharap kerjasama pertahanan Malaysia dan Jerman yang baik diperkukuhkan termasuk melalui penglibatan lebih banyak syarikat Jerman semasa Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi dan inisiatif  Enable and Enhance (E&E) pada tahun hadapan.

Turut hadir semasa lawatan berkenaan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Lokman Hakim Ali dan Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan