AM > BERITA

Kerajaan Dicadang Isytihar Cuti Tambahan Sempena Deepavali

17/10/2024 11:37 PM

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Naib Presiden MIC Datuk T. Murugiah mencadangkan kerajaan mengisytiharkan 1 Nov ini sebagai cuti umum tambahan bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia menikmati tempoh sambutan Deepavali yang lebih panjang.

Beliau berkata cuti tambahan itu bukan sahaja bermanfaat kepada komuniti India dan memberikan kemudahan kepada mereka yang meraikannya tetapi juga memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk turut serta dan menghormati kepelbagaian budaya di negara ini.

“Deepavali merupakan perayaan yang penting bagi komuniti Hindu di Malaysia dan ia masa untuk keluarga, renungan diri serta perpaduan masyarakat.

“Dengan mengisytiharkan cuti tambahan pada 1 Nov, kerajaan akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia berkumpul dan meraikannya bersama dalam suasana aman serta harmoni,” katanya dalam kenyataan.

Deepavali yang juga dikenali sebagai festival cahaya disambut pada 31 Okt ini.

Murugiah turut merayu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan Persekutuan mempertimbangkan permintaan berkenaan demi kepentingan perpaduan nasional dan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya negara.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan