BERITA TERGEMPAR   PM Anwar arrives in Jakarta to attend Indonesian presidential inauguration | 
 AM > BERITA

KTMB Akan Hebah Maklumat Gangguan Perjalanan Tren Akibat Banjir

19/10/2024 08:24 PM

TUMPAT, 19 Okt (Bernama) -- Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menghebahkan maklumat gangguan perjalanan tren sekiranya terdapat landasan yang ditenggelami banjir susulan musim tengkujuh akan datang ini.

Ketua Pegawai Operasi KTMB Mohd Zain Mat Taha berkata ini termasuk jika ada tren yang mengalami kelewatan tiba di stesen KTMB atau tren yang tamat di stesen perantaraan.

Beliau berkata kesemua maklumat berkenaan akan dihebahkan menerusi sistem pesanan khidmat ringkas (SMS), media sosial KTMB, radio dan televisyen.

“Oleh itu, pengguna KTMB diminta sentiasa bersedia dengan segala hebahan maklumat KTMB yang disiarkan agar tidak terlepas.

“Selain itu, KTMB juga akan mengambil tindakan membaiki landasan yang rosak atau terjejas akibat banjir bagi melancarkan operasi perjalanan tren,” katanya kepada pemberita pada Program Abadikan Momen Istimewa Bersama Atlet “Lejen” (Tren Khas Kelab Sukan KTM KL) di Padang Bola Sepak KTMB di sini hari ini.

Mohd Zain berkata KTMB juga akan membuka bilik gerakan banjir bagi memantau situasi banjir selain turut menjadi ahli jawatankuasa banjir di Kelantan dan Pahang untuk persiapan dan latihan kepada petugasnya menghadapi bencana itu. 

“Segala aset seperti bot, pelampung dan jaket keselamatan diberi kepada petugas KTMB untuk menghadapi banjir di stesen tren masing-masing,” katanya.

Sementara itu, beliau meminta pemilik haiwan ternakan agar mengawal dan mencegah binatang ternakan mereka daripada memasuki landasan tren.

"Ia bagi mengelakkan berlaku kes kemalangan melibatkan binatang ternakan yang boleh mengganggu perjalanan tren sekali gus merugikan kedua-dua pihak," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan