AM > BERITA

Hospital Sungai Bakap Cari Waris R.Saravanan

20/10/2024 04:33 PM

NIBONG TEBAL, 20 Okt (Bernama) -- Pengurusan Hospital Sungai Bakap (HSB) sedang mengesan waris atau ahli keluarga kepada seorang lelaki tempatan yang meninggal dunia di wad hospital itu pada 14 Okt lepas.

HSB dalam kenyataan memaklumkan R.Saravanan, 54, yang beralamat terakhir di No 33b Cherry Apartment Maxwell, Jalan Kuala Kangsar, lpoh, Perak meninggal dunia pada 4.57 petang, namun sehingga hari ini mayatnya belum dituntut.

"Lelaki itu adalah seorang gelandangan dan telah dijumpai di Jalan Little India, Georgetown pada 10 Okt oleh petugas sebuah rumah jagaan. Pada 13 Okt keadaan kesihatannya semakin merosot lalu dimasukkan ke wad dan keadaannya tenat sebelum meninggal dunia,” menurut kenyataan itu.

Menurut HSB pihak polis telah cuba mengesan keluarga Saravanan termasuk pergi ke alamat kediaman terakhir itu namun gagal menemukan mereka.

“Carian waris di Jabatan Pendaftaran Negara juga tidak menemukan sebarang maklumat, dimaklumkan ibu bapa si mati telah pun meninggal dunia dan tiada sebarang maklumat berkaitan adik-beradik yang lain," menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ahli keluarga atau waris Saravanan diminta menyalurkan kepada HSB bagi proses pengebumian.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan