AM > BERITA

Bekalan Makanan Mencukupi Sepanjang Monsun Timur Laut - Mohamad

20/10/2024 08:53 PM

BUTTERWORTH, 20 Okt (Bernama) -- Bekalan makanan dijangka mencukupi untuk menampung keperluan rakyat sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL), kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata pihaknya sudah membuat persiapan berdasarkan pengalaman lepas bagi menghadapi keadaan cuaca tidak menentu termasuk kemungkinan hujan yang lebih lebat pada MTL tahun ini.

"Mencukupi atau tidak, kalau ikut pengalaman lepas memang kita dapat sediakan dengan mencukupi," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pendaratan ikan tuna di Dermaga Bagan Dalam di sini hari ini.

Mohamad berkata kerajaan dalam apa jua keadaan akan memastikan makanan tetap cukup untuk rakyat walaupun harganya mungkin turun naik bergantung pada bekalan semasa.

Terdahulu Mohamad menyaksikan pendaratan 75 tan ikan tuna hasil tangkapan oleh syarikat tempatan, Alpha Ocean Resources Bhd Group (AORB Group).

Syarikat itu melakukan penangkapan ikan tuna tiga kali setahun dan ini merupakan yang ketiga untuk tahun ini dengan hasil tangkapan dieksport ke Jepun, Singapura, Vietnam, Thailand dan Amerika Syarikat. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan