AM > BERITA

Pengamal Media Dipelawa Bekerjasama Cari Jalan Terbaik Depani Era Digital

27/10/2024 10:48 PM

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kementerian Digital menjemput pengamal media untuk bekerjasama dalam mencari jalan terbaik bagi mendepani era teknologi terkini susulan perubahan landskap media yang seiring dengan arus perkembangan dunia digital. 

Menteri berkenaan Gobind Singh Deo berkata ia sejajar dengan kenyataan Presiden Institut Akhbar Malaysia Datuk Yong Soo Heong bahawa kemunculan kecerdasan buatan dalam industri media tidak seharusnya dilihat sebagai satu ancaman kerana kemahiran seorang wartawan masih diperlukan terutama dari segi memberi sentuhan kemanusiaan dan pemerhatian terhadap situasi sebenar. 

“Seiring dengan maksud perayaan Deepavali yang melambangkan kejayaan kebaikan (cahaya) mengatasi kejahatan (kegelapan), saya optimis bahawa industri media di negara ini akan sentiasa memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat kita. 

“Kehadiran pelbagai teknologi baharu ini hanya bakal melonjakkan martabat mereka ke tahap yang lebih tinggi,” kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook.

Terdahulu, Gobind hadir pada majlis Sambutan Perayaan Deepavali Bersama Pertubuhan Media Tamil Malaysia di sini.

Turut hadir Ahli Parlimen Batu P. Prabakaran dan Presiden Pertubuhan Media Tamil Malaysia S. Muthameez Manan. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan