KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Ulang Tahun Keputeraan ke-68 kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang disambut hari ini.
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik menerusi laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
"Semoga Allah SWT merahmati Baginda dengan kebahagiaan dan melanjutkan usia Baginda," menurut poster itu.
Sempena ulang tahun keputeraan Sultan Nazrin, sebanyak 213 individu dianugerahkan darjah kebesaran serta pingat negeri Perak yang akan diadakan dalam dua sesi iaitu pada 9 dan 16 Nov ini di Balairong Seri, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Sambutan turut melibatkan penganjuran Majlis Bacaan Surah Yasin dan Doa Selamat, selain Sultan Perak juga berkenan membiayai hidangan makanan kepada 7,800 banduan dan tahanan yang menjalani hukuman di Penjara Tapah, Penjara Taiping, Pusat Koreksional Kamunting, Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah dan Rumah Perantaraan penjara negeri.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial