JASIN, 5 Nov (Bernama) -- Melaka bercadang untuk membuka konsortium bagi mengusahakan tanah sawah terbiar, dalam usaha meningkatkan pengeluaran padi dan beras negeri itu.
Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata konsortium tersebut, akan ditubuhkan di bawah anak syarikat kerajaan negeri bagi membangunkan semula tanah sawah terbiar itu.
“Kita akan bantu untuk membangunkan semula tanah-tanah sawah ini, supaya keterjaminan makanan dalam bentuk padi dan beras kita akan bertambah.
“Kita ada hampir dekat 1,500 hektar keluasan sawah padi di Melaka dan mungkin ada beberapa ratus hektar masih terbiar. Jadi ini satu kerugian untuk hasil negeri dan juga negara,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata menerusi kaedah itu, ia juga akan memberi keuntungan lebih banyak kepada pesawah jika tanah pertanian tersebut diusahakan dengan skala besar.
“Kita lihat hari ini ramai pesawah buat (tanam padi) dalam skala yang kecil, (jadi) keuntungannya kecil menyebabkan mereka ini tak lagi berminat (tanam padi).
“Akhirnya tanah mereka ini tidak digunakan, terbiar dan akhirnya ada yang buat rumah dan sebagainya. Tapi melalui inisiatif ini, kita akan kumpulkan semua pesawah kita di bawah satu konsortium atau koperasi,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial