IPOH, 21 Nov (Bernama) -- Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan dua remaja perempuan dari Ipoh yang dilaporkan hilang sejak minggu lepas.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata kedua-dua remaja berkenaan ialah K. Rimashini, 15, dan Nur Adleena Batrisyia Mohd Saiful Nourman, 16.
Abang Zainal Abidin berkata Rimashini yang beralamat di Medan Klebang Prima, Chemor dekat sini dilaporkan hilang dari 12 Nov lepas.
“Nur Adleena Batrisyia yang beralamat di Taman Pakatan di sini pula dilaporkan hilang pada 18 Nov,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata bagi kes Nur Adleena Batrisyia, mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi penolong pegawai penyiasat kes SI Mastiah Itam menerusi talian 012-5687579 manakala bagi kes Rimashini, sila hubungi ASP Mahani Mohammed 019-2618221.
Orang ramai juga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh melalui talian 05-2451500 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial