AM > BERITA

SPNB Rancang Bina 5,000 Unit RMR Seluruh Negara Tahun Depan

24/11/2024 03:54 PM

IPOH, 24 Nov (Bernama) -- Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dalam perancangan membina 5,000 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) di seluruh negara tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif SPNB Mohd Jamil Idris berkata jumlah berkenaan meningkat berbanding tahun ini yang mencatatkan jumlah pembinaan sekitar 3,500 unit.

“Daripada 5,000 unit itu, SPNB kenal pasti Kelantan merupakan antara negeri tertinggi yang merekodkan permohonan bagi kelulusan pembinaan RMR ini.

“Di pihak SPNB sendiri, kita yakin projek ini akan berjaya dilaksanakan dan dengan peningkatan jumlah permohonan RMR ini membuktikan kesungguhan kerajaan dalam menyediakan perumahan mampu milik kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Sihat @Jom Mlaku 2024 yang melibatkan 300 penduduk di Kampung Rapat Jaya di sini hari ini.

Mohd Jamil berkata mana-mana individu yang berminat untuk memiliki RMR boleh melayari laman sesawang SPNB untuk mengetahui dengan lebih lanjut berhubung perkara itu.

“Permohonan dibuka sepanjang tahun dan individu yang berminat perlu meneliti syarat-syarat ditetapkan di laman sesawang SPNB,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan