AM > BERITA

LRA Bukit Remah Dihenti Tugas Kerana Paip Pecah, Tanah Mendap

28/11/2024 11:51 AM

KOTA BHARU, 28 Nov (Bernama) -- Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Remah, Tanah Merah telah dihenti tugas berikutan paip air mentah bersaiz 700 milimeter pecah disebabkan kejadian tanah mendap.

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dalam kenyataan hari ini memaklumkan paip berkenaan pecah kerana hujan lebat berterusan di LRA serta terdapat pergerakan tanah.

“Kesan henti tugas LRA Bukit Remah ini menyebabkan 13,766 akaun pengguna mengalami gangguan bekalan air. 

"AKSB akan menggerakkan semaksimum mungkin lori-lori tangki sedia ada untuk penghantaran bekalan air ke kawasan kritikal seperti Hospital, Klinik Kesihatan, Pusat Dialisis dan lain-lain,” menurut kenyataan itu.

AKSB akan memaklumkan perkembangan lanjut situasi ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi di laman sesawang www.airkelantan.com.my, aplikasi MyAKSB, Facebook, Instagram, dan pengguna boleh hubungi PINTAS di talian 15777 jika mempunyai sebarang pertanyaan dan aduan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan