AM > BERITA

Remaja Dikhuatiri Lemas Ketika Mandi Bersama Rakan Di Sungai Neram

03/12/2024 10:58 PM

CHUKAI, 3 Dis (Bernama) -- Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat, Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Neram, Mohd Yusuf Adnan, 16, dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di Sungai Neram di sini, hari ini.

Komander Operasi Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat (STORM) Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Mohd Zailani Abdullah berkata dalam kejadian pada pukul 4 petang itu, mangsa dipercayai sedang mandi di sungai berkenaan bersama 10 rakannya.

"Difahamkan, beberapa rakan mangsa cuba menyelamatkannya namun gagal dan mangsa terus hilang daripada pandangan,” katanya kepada Bernama.

Mohd Zailani berkata sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.35 petang, seramai 18 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheneh dan Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Chukai digerakkan ke lokasi kejadian dengan bantuan pasukan penyelamat lain termasuk pihak polis.

Beliau berkata sehingga kini operasi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan dan akan diteruskan sehingga mangsa ditemui.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan