Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Pokok Sawit Musnah, Sekawan Gajah Dikesan Di Felda Bukit Kuantan

11/06/2026 04:59 PM

KUANTAN, 11 Jun (Bernama) -- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang menerima aduan mengenai kehadiran sekawan gajah di Felda Bukit Kuantan di sini semalam. 

Pengarah Perhilitan Pahang Yusoff Shariff berkata pihaknya menerima laporan itu daripada Felda selepas beberapa pokok kelapa sawit didapati musnah, selain pagar elektrik stesen solar turut mengalami kerosakan selepas kehadiran haiwan berkenaan.

Beliau berkata berdasarkan pemantauan, dianggarkan 18 hingga 20 ekor gajah berada di kawasan berkenaan. 

Ad Banner
Ad Banner

“Kakitangan Perhilitan masih menjalankan operasi pemantauan, kawalan dan cuba menghalau haiwan itu bagi memastikan keselamatan penduduk serta mengurangkan kerosakan yang berlaku,” katanya ketika dihubungi Bernama. 

Sebelum ini, rakaman video memaparkan sekawan gajah di Felda berkenaan tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi masyarakat. 

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan