AM > BERITA

BEKAS PERDANA MENTERI THAILAND THAKSIN DILANTIK PENASIHAT TIDAK RASMI BANTU MALAYSIA SEBAGAI PENGERUSI ASEAN - ANWAR

16/12/2024 03:26 PM

PUTRAJAYA, 16 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra sebagai penasihat tidak rasmi bagi membantu Malaysia sebagai pengerusi ASEAN tahun depan.

Anwar berkata pelantikan itu dicadangkan oleh Malaysia dan dipersetujui oleh Thailand.

Beliau melahirkan keyakinan bahawa pengalaman Thaksin sebagai seorang negarawan akan memberikan pandangan berharga kepada kepimpinan Malaysia dalam ASEAN tahun depan.

"Saya telah bersetuju untuk melantik (Thaksin) sebagai penasihat tidak rasmi saya dalam mempengerusikan ASEAN, bersama-sama pasukan anggota dari negara ASEAN dalam perkumpulan tidak rasmi.

"Terima kasih kerana bersetuju dengan perkara ini kerana kami perlu memanfaatkan pengalaman negarawan sedemikian," katanya pada sidang media bersama rakan sejawatannya dari Thailand, Paetongtarn Shinawatra, di sini hari ini.

Thaksin berkhidmat sebagai Perdana Menteri Thailand dari 2001 hingga 2006.

Malaysia secara rasmi akan memegang jawatan pengerusi ASEAN pada 1 Januari tahun depan, dengan tema "Keterangkuman dan Kemampanan", yang mencerminkan aspirasi Malaysia untuk memupuk ASEAN yang bersatu dan makmur.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan