AM > BERITA

KADAR BAHARU CUKAI TAKSIRAN DIUMUM 26 DIS INI - DATUK BANDAR IPOH

17/12/2024 03:58 PM

IPOH, 17 Dis (Bernama) -- Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan mengumumkan kadar baharu cukai taksiran pada 26 Dis, kata Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud.

"Insya-Allah akan diwartakan pada 26 Dis ini, (kadar peratusan) kita tak boleh bagi tahu lagi (buat masa ini),” katanya pada sidang media Program Sejahtera Warga Emas Komuniti Mesra Usia di Bilik Mesyuarat Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak Sandrea Ng Shy Ching dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak Mohamed Akmal Dahalan.

Pada 15 Nov lepas, Rumaizi dalam kenyataan berkata keputusan sama ada mengekalkan atau menurunkan kadar cukai baharu yang dikenakan MBI bergantung kepada bantahan yang dibuat oleh warga Ipoh.

Kira-kira dua minggu kemudian MBI bersetuju untuk mengurangkan kadar baharu cukai taksiran iaitu lebih rendah berbanding cadangan sembilan peratus sebelum ini, selepas perkara berkenaan dibincangkan dalam satu mesyuarat khas. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan