AM > BERITA

111 Pegawai, Anggota JPJ Terjejas Banjir

21/12/2024 03:20 PM

KOTA BHARU, 21 Dis (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan seramai 111 pegawai dan anggota terjejas akibat bencana banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini.   

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Malaysia Muhammad Kifli Ma Hassan berkata daripada jumlah itu,  di Kelantan seramai 60 orang termasuk di JPJ Akademi Wilayah Timur, diikuti Kedah (21), Terengganu (19), Selangor dan Perlis masing-masing empat,  Pahang (dua ) serta Sabah (satu).

Beliau berkata Kelantan paling ramai terjejas kerana ada antara mereka menetap di Pasir Mas dan Tumpat serta mengalami kerugian besar akibat rumah ditenggelami air, barangan elektrik dan perabot rosak. 

“Walaupun pegawai dan anggota JPJ di beberapa negeri terjejas namun fasiliti serta aset JPJ seluruh negara ini tidak terjejas teruk,” katanya.

Muhammad Kifli berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan seperti kelengkapan rumah, barangan elektrik dan bakul makanan oleh Skuad Ihsan MADANI di Akademi Wilayah Timur di sini. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan