AM > BERITA

Amaran Hujan Berterusan Di Sabah, Kelantan, Terengganu Dan Pahang

28/12/2024 02:12 PM

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) bagi beberapa kawasan di Sabah sehingga 30 Dis 2024.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan kawasan terlibat adalah Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

Amaran serupa turut dikeluarkan bagi tempoh 29 hingga 31 Dis 2024 untuk kawasan tertentu di Kelantan seperti Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh, dan Kuala Krai. Kawasan terlibat di Terengganu serta Pahang pula meliputi Kuantan, Pekan, dan Rompin.

Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat terkini mengenai cuaca melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mudah alih myCuaca atau media sosial rasmi jabatan tersebut.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan melalui talian hotline 1-300-22-1638.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan