AM > BERITA

Banjir Di Kuala Krai Dijangka Pulih Sepenuhnya Hari Ini

30/12/2024 12:36 PM

KUALA KRAI, 30 Dis (Bernama) – Keadaan sekitar jajahan Kuala Krai yang dilanda banjir sejak semalam, dilihat semakin bertambah pulih susulan cuaca yang baik hari ini dan paras air sungai di kawasan terlibat pula semakin surut dengan ketara.

Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Kuala Krai Nik Mohd Hasanuddin Nik Hussain berkata tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Chuchoh Puteri ditutup sepenuhnya pada pukul 11 pagi ini manakala satu PPS di Chenulang masih dibuka.

"Cuaca hari ini kita lihat semakin baik dan sekiranya keadaan terkawal, kita jangka semua PPS di Kuala Krai tutup hari ini," katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu Penghulu Mukim Kampung Chenulang Ab Aziz Isa berkata beliau telah meminta penduduk kampung yang berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Chenulang untuk memeriksa keadaan rumah mereka terlebih dahulu sebelum pulang.

"Sekiranya kawasan rumah masing-masing dilihat sudah selamat dan laluan boleh dilalui, mereka (penduduk) boleh pulang untuk membersihkan rumah dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu tinjauan Bernama di beberapa kawasan kampung di Kual Krai yang terjejas mendapati beberapa anak sungai yang melimpah telah surut, manakala air yang bertakung di beberapa jalan utama sebelum ini, kini semakin berkurangan. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan