AM > BERITA

KPM Nafi Dakwaan Kebocoran Kertas Peperiksaan Sejarah SPM 2024

09/01/2025 10:43 AM

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati dakwaan kebocoran kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 bagi subjek Sejarah adalah tidak berasas.

Dalam kenyataan hari ini, KPM memaklumkan bahawa siasatan terperinci telah selesai dijalankan, termasuk semua sebaran dan tangkap layar berkaitan yang tular di media sosial

“Tangkap layar yang tular hanya mengandungi senarai tajuk dalam buku teks Sejarah yang dijadikan ramalan.

“Tiada sebarang soalan dalam kertas peperiksaan Sejarah Kertas 1 dan 2 SPM 2024 dipaparkan dalam mana-mana sebaran dan tangkap layar yang ditularkan.

“Justeru, dakwaan ini tidak menepati definisi kebocoran yang ditetapkan mengikut prosedur pengurusan dan pengendalian kes kebocoran kertas peperiksaan serta kawalan keselamatan Lembaga Peperiksaan, KPM,” menurut kenyataan itu.

KPM menegaskan bahawa pihaknya mengambil serius dakwaaan kebocoran kertas peperiksaan Sejarah itu dan sentiasa komited memastikan kerahsiaan kertas peperiksaan awam terpelihara, serta menjaga kepentingan dan keadilan semua calon peperiksaan SPM Tahun 2024.

KPM menasihati semua calon peperiksaan untuk kekal tenang dan fokus dalam menghadapi peperiksaan.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan