KOTA BHARU, 17 Jan (Bernama) -- Jabatan Imigresen Kelantan menahan 20 warga asing dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Machang dan Kuala Krai selama dua hari bermula Rabu lepas.
Pengarah Imigresen Kelantan Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan berkata tahanan itu melibatkan warga Thailand, Bangladesh dan Indonesia berumur antara 25 hingga 50 tahun.
Beliau berkata penahanan itu hasil risikan bahagian penguat kuasa imigresen menerusi pemeriksaan yang dijalankan di stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad, Kuala Krai dan Kampung Batu Malai serta Kampung Sungai Hali, Machang.
“Mereka yang ditahan dipercayai dengan munasabah telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) dan Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.
“Kesemua mereka dihantar ke depot Imigresen Tanah Merah untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial