KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Rang-Undang-Undang Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025 di dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada minggu akhir Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 [Akta 341], adalah suatu akta untuk membuat peruntukan yang perlu bagi JBPM, bagi memastikan JBPM dapat berfungsi dengan berkesan dan cekap, untuk melindungi nyawa dan harta daripada risiko kebakaran, kecemasan dan tujuan lain yang berkaitan dengannya.
“Fokus utama pada pindaan terbabit adalah mengatasi isu dan cabaran berkaitan pengurusan dan pengawalseliaan melibatkan Pasukan Bomba Sukarela (PBS), perunding keselamatan kebakaran serta firma perunding keselamatan kebakaran.
“Selain itu, ia melibatkan orang kompeten dan kontraktor keselamatan kebakaran, kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran, penyedia latihan dan pengajar serta pasukan bomba persendirian,” menurut kenyataan itu.
Selain itu kenyataan tersebut memaklumkan pindaan terhadap Akta 341 juga penting, bagi membolehkan jabatan itu JBPM berkembang sejajar dengan hasrat kerajaan dalam usaha merakyatkan perkhidmatan kebombaan.
Dalam masa sama kenyataan JBPM itu memaklumkan bahawa pindaan itu juga untuk memastikan keselamatan rakyat serta kelestarian negara melalui pendekatan pelindungan nyawa dan harta daripada risiko kebakaran dan kecemasan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial