AM > BERITA

Warga Emas Hilang Ketika Memancing Ditemukan Lemas

21/02/2025 12:29 PM

KUANTAN, 21 Feb (Bernama) -- Seorang warga emas yang dilaporkan hilang ketika memancing di kawasan jeti Kampung Menchali, Jalan Muadzam Shah-Rompin semalam, ditemukan lemas pagi ini. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Salahuddin Isa berkata mayat Saari Awang, 68, ditemukan orang awam yang melakukan pencarian di sekitar sungai tersebut kira-kira 7.45 pagi. 

“Mayat mangsa dijumpai oleh orang awam selepas timbul di Jeti Pink Rompin pagi ini pada jarak 2.5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Rompin untuk tindakan selanjutnya. 

Salahuddin berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut disertai polis, Angkatan Pertahanan Awam dan Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat Pekan dengan kaedah pencarian di tebing dan sungai. 

Semalam, Saari dari Felda Keratong, Muadzam Shah dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika memancing dan dipercayai hanyut dibawa arus. 

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan