AM > BERITA

Lebih 70 Penceramah, Pakar Dijangka Sertai ABU DBS 2025

23/02/2025 11:29 PM

SHAH ALAM, 23 Feb (Bernama) -- Lebih 70 penceramah dan pakar dari seluruh dunia dijangka mengambil bahagian pada Simposium Penyiaran Digital (DBS) Kesatuan Penyiaran Asia Pasifik (ABU) 2025 yang diadakan di sebuah hotel di Klang dari 24 hingga 27 Feb ini.

ABU dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan acara yang akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching pada 25 Feb itu juga dijangka mengumpulkan perwakilan dari lebih 40 negara yang mewakili lebih 200 organisasi.

Simposium bertemakan Personal-cast: Interactive Broadcasting, Tailored for You menawarkan 12 sesi persidangan, bengkel dan kelas khusus serta pameran yang menampilkan lebih 25 syarikat yang mempamerkan produk dan penyelesaian mereka.

“Penceramah terkenal termasuk Ketua Pengarah Penyiaran Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Datuk Suhaimi Sulaiman, Pengerusi Kumpulan Teknikal APAC WorldDAB Dr Les Sabel, Ketua Pegawai Eksekutif NETSTAIR Dr Ahmad Moradi dan ramai lagi.

“DBS 2025, melalui sesi persidangannya, perbincangan panel, bengkel dan kelas khusus yang disampaikan oleh pakar terkemuka dari seluruh dunia akan membincangkan cabaran, meneroka penyelesaian dan berkongsi pandangan yang berkaitan dengan peralihan digital, pelaksanaan teknologi, pembangunan kandungan kreatif dan peningkatan pengalaman pengguna,” menurut kenyataan itu.

Simposium itu disokong empat Penaja Utama iaitu RTM, WorldDAB, IPSB Technology, dan TM One juga akan menampilkan kira-kira 50 penaja, pempamer dan rakan kongsi.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan