DUNIA > BERITA

Sukan Asia 2026 Tawar 11 Pingat Emas E-Sukan

23/02/2025 10:57 PM

BEIJING, 23 Feb (Bernama-Xinhua) -- Majlis Olimpik Asia (OCA) pada Sabtu mengumumkan senarai 11 acara sukan elektronik (e-sukan) yang akan dipertandingkan pada Sukan Asia ke-20 di Aichi-Nagoya, Jepun pada 2026, lapor Xinhua.  

Pengumuman itu dibuat susulan mesyuarat tergempar dalam talian Lembaga Eksekutif OCA yang sebulat suara meluluskan penyertaan acara berikut bagi Sukan Asia 2026. Acara itu ialah Competitive Martial Arts (Berpasukan), Pokemon Unite, Honor of Kings, League of Legends, PUBG Mobile (Versi Sukan Asia), Mobile Legends: Bang Bang, Identity V (Versi Sukan Asia), Naraka: Bladepoint, Gran Turismo 7, Efootball Series dan Puyo Puyo Champions.  

Ini menandakan kesinambungan kehadiran e-sukan yang semakin berkembang di Sukan Asia. Kali pertama diperkenalkan sebagai sukan demonstrasi pada Sukan Asia ke-18 di Jakarta-Palembang pada 2018, e-sukan diiktiraf secara rasmi sebagai sukan menawarkan pingat di Sukan Asia Hangzhou 2023 dengan tujuh acara dipertandingkan.  

Sukan Asia ke-20 akan berlangsung dari 19 Sept hingga 4 Okt 2026.  

-- BERNAMA-XINHUA  

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan