KOTA KINABALU, 7 Mac (Bernama) — Wartawan, jurugambar dan penerbit media cetak, elektronik serta digital di Sabah dan Labuan kini boleh menghantar penyertaan bagi Anugerah Media Kinabalu (KPA) 2025, yang dibuka secara rasmi hari ini.
Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA) Datuk Muguntan Vanar berkata tarikh akhir penghantaran pada 21 Mac, dengan penyertaan terbuka kepada bahan berita yang diterbitkan pada 1 Jan hingga 31 Dis 2024.
“Kami berbesar hati dapat meneruskan kerjasama dengan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, yang memberikan sokongan penuh kepada acara berprestij ini dalam mengiktiraf kecemerlangan media.
“KPA bukan sekadar sebuah anugerah, tetapi satu penghargaan terhadap dedikasi pengamal media yang memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat,”katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata SJA juga sedang bekerjasama dengan penaja utama bagi meningkatkan hadiah wang tunai, sekali gus memberikan penghargaan lebih besar kepada penggiat media tempatan.
Semua penyertaan perlu dihantar secara dalam talian melalui pautan rasmi www.mpi.my/award/kpa-2025.
Peserta dinasihatkan tidak menggunakan iPhone, iPad atau pelayar web Safari untuk mengelakkan masalah teknikal, sebaliknya disarankan menggunakan Google Chrome atau Microsoft Edge.
Peraturan lengkap serta garis panduan boleh diperoleh daripada jawatankuasa penganjur SJAsepanjang tempoh penyertaan.
Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Aisyah (019-8508059) atau Nazllie (013-8542972).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial